Popular Posts

Buat ape je hari ahad ni??


AHAD - 9 PAGI : Kene bangun pagi pergi ke rumah mak tam sebab ade discussion about kak putri nak kahwin nx week. Best ke kawin ni? lagi2 kalau kene kahwin muda2. Bagi saya tak berapa nak setuju. Yela, dunia remaja ni sebenarnya adalah dunia untuk kita belaja ape itu kehidupan yang sebenar. kehidupan ni bukan la sesuatu benda mudah yang boleh kita alami tanpa bantuan keluarga and rakan2. Jarang tau saya tengok orang boleh hidup dalam dunia ni sendirian. Melainkan akhirat nanti sebab memang ditentukan kita kene hidop seorang diri atas bantuan amalan kita di dunia. Jadi think twice sebelum kawan2 semua mengambil keputusan untuk kahwin muda. Duit kahwin?? Kesian parents kita and family members tau. Fikir lah secara rasional for your own future,,

AHAD - 1 TGH HARI : pergi jumpa adik perempuan saya, NUR AMALYNA ZULKEFLY.. Rindu sangat dengan dia. Yela, dia tempat untuk bergosip, dekat rumah ni yang tinggal semua the Jantan only. Boring. So tadi ambik dia then seludup then bawak gi Ipoh. Makan burger king, GILA MAHAL!!!. Then makan Tutti Frutti.. Then adik sibuk bagitahu about new guy yang dia suka and forget about nadhir k.. He's nothing la. =) ..


p/s : gambar tu sekolah adik saya. bukan rumah maktam saya tau. Malam ni saya makan malam makana dari pasar malam. Ni balik terus update blog, tak mandi lagi. Melekit, =)

Utusan ilahi

  • pelakon cite ni.....
Semalam ada tgk cerekarama dekat tv3.. Tajuk drama dia : UTUSAN ILAHI..

mengisahkan seorang anak lelaki yang hipokrit depan parents dia.. Depan parents, dia adalah seorang anak yang baik and dengar kata sampaikan setiap salah dia pun parents dia tak marah. Even sampai dia dah rugikan duit syarikat dalam 10K. Perkara jahat yang dia buat tanpa pengetahuan ibu bapa dia adalah dia tu seorang kaki perempuan. Dia pernah kahwin dengan perempuan kampung secara senyap2, buat TUUT dengan bini orang and even dia pernah buat girlfriend dia pregnant. One day, dia menerima padah sebab abang girlfriend dia cari dia and pukul then paksa dia untuk kahin dengan adik dia malam tu jugak. So, he have too. Dia pun bawak kete dengan laju then accident and koma. Dalam waktu yang dia koma, banyak la mimpi2 dia dapat sampai buat dia insaf. Even father dia pun insaf sebab parents dia tak pernah solat and berdoa, they just sembahyang raya je. Masa dia dah sedar, dia meminta maaf pada semua perempuan yang dia dah buat dosa and dia cuba cari anak dia hasil daripada perkahwinan dia dulu. Then dia mati sebab mengalami pendarahan dalam otak. Sangat bertuah kerana dia mati masa SUJUD.

p/s : cerita ni sangat menginsafkan diri. Mesej2 yang positif bila kita berdosa pada manusia, kerana dosa kita pada manusia, Allah sendiri meminta kita minta maaf pada manusia itu sendiri. Jadi, saya ingin meminta maaf kepada semua orang yang pernah saya sakiti secara sengaja atau tidak sengaja. Saya minta maaf atas kekurangan diri saya sendiri.. =)

SORRY

Susah sangat ke nak say sorry to someone? even membe ke, girlfriend ke, or musuh sekali pon.. Bukan susah nak cakap minta maaf. Tapi...

Keikhlasan dalam sesebuah kemaafan yang paling susah untuk dilakukan. Orang boleh minta maaf dengan cara tak ikhlas atas sebab terpaksa, nak jaga hati or pape je la. maaf yang ikhlas adelah maaf dari hati. Ingat hati ni untuk cinta and sayang je ke? marah, benci, dengki juga dari hati tau. Tu la sebab ade hati busuk and hati suci.

This is a lyric from a song, maaf dari hati - sofaz - ,

Puisi kasih yang kita ukir
Untukmu dan juga untukku
Masih tertulis tetap dihatiku
Walaupun sudah lama berlalu

Cinta kita masih segar dalam ingatan

Aku terlena dikala aku merinduimu
Memori cinta kita takkan ku lupakan
Terasa sentiasa bersamamu

*
Maafkan aku kerna tak telus
menduakan cinta hati sucimu
andainya aku bisa kembali
kan ku setia untuk selamanya

Usah kau risau setia cintaku
Kerna ku tahu kamu yang terbaik
Takkan bisaku bezakan dirimu
Kerna dirimu hanya untukku


p/s : ini untuk someone yang kadang2 tu terlalu kasar berkata2 dengan saya. Bukan nak kata saya ni cepat terasa but u have to understand, i'm a girl. Saya memang akan melupakan ape yang dia lakukan sebab saya sayangkan dia.

DUGAAN


sangat banyak dugaan untuk tengok cite ni.. msa mula2 cite ni keluar :-

  1. cite 18, so xde adik2 yang boleh teman tengok.
  2. masa keluar dengan shahrul, dia lak dah tengok cite ni.
  3. nak tengok dengan pu3, tp xpe la, kami nak borak2 and lepak je.
  4. dah banyak kali mama janji nak tengok, x jugak sebab sibuk nak tnggu papa konon!

GERAMMMMM WEYHHHHH~!!!!!!!!!~~~~~

Hadiah





Perlu ke saya meminta hadiah dari papa saya.. Saya dah cemerlang dalam keputusan Matrikulasi saya dengan 3.54.. Saya terfikir untuk mendapatkan hadiah daripada papa sebagai tanda penghargaan dia dengan usaha saya. Saya nak...


boleh tak pa??? Adik dapat macam2 utk PMR dia. Jadi akak pun nak. Pleaseeee....... =)


Hadiah





Perlu ke saya meminta hadiah dari papa saya.. Saya dah cemerlang dalam keputusan Matrikulasi saya dengan 3.54.. Saya terfikir untuk mendapatkan hadiah daripada papa sebagai tanda penghargaan dia dengan usaha saya. Saya nak...


boleh tak pa??? Adik dapat macam2 utk PMR dia. Jadi akak pun nak. Pleaseeee....... =)


kadang2 terfikir, banyak sangat ke keburukan dalam diri ni sampai orang susah nak faham. Mungkin la kan sebab saya perasan, saya sangat seorang yang pemarah sampai tak boleh nak kawal and sometimes termakan diri sendiri. Memang padan muka pon kadang2 tu.

tapi, macam mane nak kawal perasaan marah? I can't.!!


Marah adalah emosi manusia yang memang normal dan sihat. Tapi apabila ia tidak dapat dikawal, emosi ni akan membawa masalah di tempat kerja, dalam hubungan peribadi mahupun dalam keseluruhan kualiti hidup anda. Kemarahan yang tak terkawal akan menjadi punca pergaduhan dan perceraian, malah akan menyebabkan tekanan dan gangguan serius dalam kehidupan seseorang.

Rasa marah ni boleh disebabkan oleh perihal dalaman dan luaran. Biasanya ia melibatkan perubahan fisiologikal dan biologikal seseorang ketika marah, tekanan darah dan denyutan jantung akan meningkat, begitu juga dengan hormon tenaga, adrenalin dan noradrenaline. Jadi anda ingin hidup dengan lebih gembira dan sihat, kawal kemarahan anda sebaiknya.

Antara cara2 nya :-

  1. BERTENANG
  2. SUSUN SEMULA PERMIKIRAN
  3. SELESAIKAN MASALAH
  4. KOMUNIKASI YANG BAIK
  5. BERTUKAR ANGIN
  6. MENCARI ALTERNATIF
  7. MARAHLAH DENGAN SIHAT..

Antara semua cara ni saya tertarik dengan MARAHLAH CARA SIHAT.. marah tu boleh tetapi kalau kita nak marah pada seseorang jangan keluarkan kata2 kesat seperti BODOH, BANGANG, BAHLOL, BENGONG, BABI dan sebaliknya. Malah, jangan juga kita letakkan perkara2 negatif dalam marah tu. ermm -_- , betul jugak, cuba renungkan,,. bukan ke kalau kita lagi marah dengan cara yang tak sihat nanti tambah lagi masalah. Mungkin dendam and last2 benci then boleh maut tau,,,...